AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali lebih dikenal sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar “Hujjatul Islam”

Abu Hamin Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijriah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan saja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya mengembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru University Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jabatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana.

Selain belajar dan mengkaji, Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebagian besar hasil tulisannya telah hangus terbakar oleh tentara Mohgul yang menyerang kota Baghdad.

Antara kitab yang musnah termasuk: 40 jilid tafsir, Sirrul Alamain (Rahasia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu yang Harus Disembunyikan dari Orang-Orang yang Bukan Ahlinya). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah(Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenal Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).

Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahwa Al-Ghazali seorang yang anti falsafah tidak disetujui oleh beberapa orang sarjana.

Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu, perlu diingatkan bahwa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan bagian dari proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini karena tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga menjabarkan serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.

Kalau menelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahwa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli falsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falsafah, beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menguraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal.

Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibagi kepada enam ilmu pengetahuan yaitu; matematik, logik, fisik, metafisik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selaras dengan agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalangi umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudharatan. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik karena ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia dipahami.

Cuma bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logika sehingga bisa menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan khususnya mengenai perkara yang tidak dapat diuraikan oleh akal fikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logika tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logika, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubungan dengan ketuhanan atau metafisik.

Sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang coba mengungkap kejadian alam dan persoalan ketuhanan menggunakan pemikiran daripada ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al Farabi jelas terpengaruh akan pemikiran falsafah Aristoteles. Maka tidak heranlah ada antara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang bisa menyebabkan kesesatan dan syirik. Terdapat tiga pemikiran falsafah metafisik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam yaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahwa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan pikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalahkan keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan saja bersandarkan kepuasan akal pikiran tetapi juga perlu mengambil aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari proses pemikiran dan akal semata-mata. Jadi, apa yang coba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekaligus menunjukkan bahwa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan Al-Quran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logika yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawa oleh mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Pada Al-Ghazali, tujuan kepada pemikiran falsafah ialah Al-Quran itu sendiri.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: